Mesej Untuk Dunia (Malay)

Mesej Untuk Dunia

Berita Baik

Saya percaya bahawa dalam setiap sanubari insan, kita mengetahui bahawa dunia ini, alam semesta, diri kita mahupun segala ciptaan tidak berlaku secara begitu Photo of Arthur Carrying The Crosskebetulan. Segala kewujudan mempunyai aturan, rancangan, tujuan, dan seorang pencipta. Misalannya, lihatlah jam tangan anda, ianya tidak berlaku secara kebetulan. Ia mencerminkan minda, daya kreativiti, serta kuasa. Minda untuk mengilhamkan idea, daya kreativiti untuk mereka bentuknya serta kuasa untuk membuatnya. Kalau ini baru jam tangan yang menghiaskan badan anda, betapa banyak lagi badan anda mencerminkan Tuhan.

Ya, buktinya cukup jelas, Tuhan yang mencipta! Dari pengalaman saya ketika mengembara ke setiap benua di hampir semua negara, kebanyakan orang percaya pada Tuhan - tetapi, bagaimana kita dapat mengenali Tuhan? Bagaimana kita dapat mencari Tuhan? Adakah Tuhan yang Maha Pencipta ini berhasrat untuk berkomunikasi dengan ciptaanNya? Sudah tentu, sebagaimana seorang ibu atau bapa ingin mengajar anaknya mengenai kasih sayang, dan memberinya amaran mengenai bahaya, betapa banyak lagi Tuhan ingin bercakap dengan orang yang diciptaNya, selain juga menyayangi dan membimbing mereka. Namun begitu, kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang memang dahsyat telah berlaku!

Dalam dunia semasa yang terbenam dalam peperangan, kebencian, kelaparan, ketamakan, sifat mementingkan diri sendiri, pembalasan dendam, dan banyak lagi perkara yang sungguh dahsyat, kita sedar bahawa ada sesuatu yang tidak wajar! Bukan sahaja dengan orang lain - malah juga dengan diri sendiri. Mengapa? Kitab Injil Yang Suci (sebuah kitab yang mewahyukan kebenaran Tuhan kepada umat manusia) mengisytiharkan bahawa meskipun Tuhan telah mencipta sebuah dunia yang sempurna dengan kewujudan dengan dua manusia pertama yang diciptanya - Adam dan Hawa, namun mereka telah menyerah kepada godaan Satan (suatu malaikat dari langit yang enggan akur kepada Tuhan) dan berdosa terhadap Tuhan. Kita semua telah turut mengikuti jalan mereka yang berdosa yang membuatkan diri kita semakin terpisah daripada Tuhan hinggalah terpisah daripada Nya buat selama-lamanya menuju ke suatu tempat yang dikenali sebagai Neraka dalam Kitab Injil.

Para alim-ulama di serata dunia sedang mencuba untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan demi mencapai ketenangan, kasih sayang, penunaian hasrat, tujuan, dan kehidupan abadi. Bagaimana kita dapat mendekatkan diri dengan Tuhan?...kita tak dapat berbuat demikian!!! Dengar secara teliti - kesemua agama adalah salah satu daripada yang berikut.

A.) Kita cuba mendekatkan diri kita dengan Tuhan melalui daya usaha kita sendiri.
B.) Tuhan melakukan untuk kita apa yang kita tidak dapat lakukan untuk diri kita sendiri.

Di bawah pelan (A) kita mempunyai masalah yang tidak dapat diatasi - dosa, "semua manusia telah berdosa dan berada jauh daripada Kemuliaan Tuhan," "hati manusia adalah paling kejam berbanding dengan segala-galanya," "upah dosa ialah maut." Kita semua pernah bersalah kerana dosa dan adalah dengan itu terpisah daripada Tuhan. Tiada harapanya - kerana sifat-sifat kita yang terbaik sekalipun adalah bagaikan kain buruk yang kotor dan Tuhan pula amat Suci!

Menurut Pelan (B), Tuhan menemui kita, "Tuhan sudah mengasihi kita terlebih dahulu." Ianya seolah-olah dosa kita yang menjadi jurang pemisah antara kita dan Tuhan. Namun, begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini sehingga Ia telah mengurniakan anakNya yang tunggal, Dia mengurniakan dengan sendiriNya, Nabi Isa yang sejak asal berada di pangkuan Bapa yang Mulia, menjadi manusia, diletakkan dalam rahim Dara Mariam, oleh Roh Suci. Baginda dilahirkan di Bethlehem lebih kurang 2,000 tahun yang lalu, hidup tanpa berdosa, memperlihatkan banyak mukjizat yang menakjubkan, berkhutbah dan mengajar mengenai wahyu Bapa. Oh firmanNya memang terpuji, benar, dan kuat (baca empat buku yang pertama dari Wasiat Baru dalam Kitab Injil Yang Suci). Baginda Nabi Isa akhirnya mengalami kekejian manusia dan telah diseksa, dipukul, dan memikul sebuah salib besar ke suatu tempat yang dipanggil Calvary (Tengkorak) di luar Jerusalem dan di situ, Baginda telah dihukum mati dengan disalib (dipakukan pada salib). Baginda meninggal dunia di situ. Namun, tiga hari selepas itu, Baginda telah berbangkit semula (hidup kembali dalam tubuh badan yang sama). Baginda berada di bumi selama beberapa minggu lagi, kemudian naik ke syurga. Baginda akan kembali satu hari nanti dalam cara yang sama. Baginda naik ke syurga untuk membawa mereka yang memercayai dan menaatiNya, kembali ke syurga untuk bersama Tuhan buat selama-lamanya.

Nabi Isa bersabda bahawa Ia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat. Baginda telah menanggung derita dan meninggal dunia bagi segala dosa anda dan dosa saya. Baginda telah menjelaskan hutang yang tidak termampu untuk kita langsaikan. Nabi Isa bersabda, "Akulah jalan , kebenaran dan hidup, tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku." "Jika kamu telah berjumpa dengan Aku, maka kamu telah berjumpa dengan Bapa" "Tiada seorang pun yang dapat mengenali Bapa melainkan anak yang mendedahkanNya." Dengan menghantar Nabi Isa untuk meninggal dunia demi kita, Tuhan telah melakukan untuk kita apa yang kita tidak dapat melakukan untuk diri kita sendiri. Tuhan menerima pengorbanan suci Nabi Isa untuk menyucikan mereka yang memercayai serta mengikutiNya. Anda boleh kini berdoa dan menikmati kehidupan, kasih sayang, dan merasa belas kasihan yang baru. Nabi Isa tidak pernah mengutuk (kita sememangnya sudah pun terkutuk). Baginda datang untuk mencari, menyelamat, serta mengasihi kita! Kita harus berhasrat untuk bertaubat untuk berpaling dari jalan kita sendiri, iaitu jalan yang penuh dosa dan menentang Tuhan....ke arah mendekati Tuhan.

Anda boleh membaca doa ini, dan boleh juga berdoa secara kuat:

"Oh Tuhan, saya memerlukan Kamu dan ingin mengenali Kamu. Sebaik mana yang saya kenali bagaimana saya menyerahkan hidup saya kepada Kamu. Saya percaya Nabi Isa telah meninggal dunia untuk diri saya. Bangkit semula daripada kubur, naik ke syurga dan kini sedang mendengar saya. Nabi Isa , saya ingin mengikuti Kamu, saya bertaubat dan meninggalkan segala dosa saya kerana mendapat sanubari baru kurniaan Kamu. Penuhi diri saya dengan Roh Suci, bantulah saya mengasihi semua, saya memaafkan semua. Baginda Nabi Isa , tunjukkan kepada saya jalan Kamu, saya dengan ikhlasnya ingin mengikuti Kamu. Buatkan rumah saya di syurga. Saya tidak berasa malu terhadap Nabi Isa - di atas nama Nabi Isa saya berdoa!"

Sekarang, bercakaplah kepada Nabi Isa dalam kata-kata anda sendiri - Baginda kini merupakan teman peribadi anda buat selama-lamanya. Sekiranya anda memerlukan firman Nabi Isa dalam Wasiat Baru atau Kitab Injil atau mana-mana bahan bertulis saya yang berguna, hubungilah saya di alamat kami - ianya percuma! Saya tidak mengundang anda untuk menyertai apa-apa, anda telah menyertai Tuhan - itu sudah memadai - anda kini merupakan saudara atau saudari saya yang dikasihi dalam keluarga Tuhan. Marilah kita hidup bersama dengan dipenuhi kasih sayang, jasa baik, ketenteraman, dan semangat kekeluargaan. Berprihatin terhadap satu sama lain dan membantu mempertingkatkan semangat orang lain, tidak memburukkan sesiapa, sentiasa bersedia membantu semua dan tampil sebagai seorang teman. Selamat Sejahtera!

Sila maklumkan kami sekiranya anda telah membaca doa ini dengan memilih di sini. Kami ingin turut bergembira bersama anda.


Photograph of Arthur and DeniseArthur dan Denise
Lukas 18:1